Saturday, April 29, 2023

3.0 Klasifikasi Hadis - 3.2 Berdasarkan Sifat Perawi - 3.2.1 (a) Hadith Sahih ( الْحَدِيثُ الصًّحِيحُ )

3.0 Klasifikasi Hadith - 3.2 Berdasarkan Sifat Perawi 3.2.1 ( a ) Hadith Sahih 3.2.1 ( b ) Hadith Hasan 3.2.1 ( c ) Hadith Dhaif 3.2.2 Kitab2 Yang Mengandungi Hadis Sahih Hasan Dhaif 3.2.3 Hukum Beramal Dgn Hadis Sahih Hasan Dhaif.

17 comments:

  1. --------------------
    HADITH BERDASARKAN SIFAT PERAWI
    --------------------
    Hadith yang diketigorikan dari aspek sifat peerawinya dibahagikan kepada 2 iaitu :
    1. Maqbul ( الْمَقْبُولُ ) dan 2. Mardud ( الْمَرْدُودُ )
    --------------------
    Hadis Maqbul
    -------------------
    HADITH MAQBUL – Ialah hadith yang boleh digunakan sebagai hujah. Sebaliknya, Hadith Mardud ialah hadith yang tidak kuat dan tidak mantap untuk digunakan sebagai hujah.
    -------------------
    Bahagian Hadith Maqbul
    -------------------
    HADITH MAQBUL – Ada 2 jenis iaitu – ( 1 ) - Sahih الصَّحِيحُ dan ( 2 ) - Hassan الْحَسَنُ
    diantara keduanya terdapat ( Lidhatih لِذَاتِـــهِ dan Lighayrih لِــغَـيْرِهِ )

    ReplyDelete
  2. ----------------------
    TAKRIF HADITH SAHIH
    ----------------------
    ٍSoalan 01
    ----------------------
    Berikan Takrif Hadis Sahih ( الحديث الصحيح ) dari sudut bahasa dan istilah ulama' hadith.
    ----------------------
    JAWAPAN
    ---------------------
    [ 1 ] - Bahasa
    ----------------------
    Dari sudut bahasa – Bermaksud Sihat, tidak sakit ( asalnya sihat ini adalah digunakan untuk badan, namun dalam konteks ini ia dipinjam untuk makna hadith dari sudut bahasa secara majaz.
    ----------------------
    [ 2 ] - Istilah
    ----------------------
    Dari sudut istilah ialah – Hadith ini mempunyai silsilah sanad yang bersambung dan diwakili oleh para perawinya yang adil, dhabit (baik pemeliharaannya, baik dari sudut penulisannya atau hafalannya), tidak janggal dan tidak ada kecacatan yang boleh merosakkan riwayat tersebut.
    ----------------------
    Takrif Dlm B.Arab
    ----------------------
    الْحَدِثُ الصَّحِيحُ هُـــوَ الحَدِيثُ مُتَّصِلُ الْسَنَدِ، بِــنَـقْـلِ الْعَدْلِ الضَّابِطِ عَنْ مِثْلِهِ مِنْ أَوَّلِ السَّنَدِ إِلى آخِرِهِ مِنْ غَيْرِ شُذوذٍ وَلا عِلَّةٍ
    ----------------------
    TAMAT
    ----------------------

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadis Sahih yang diistilahkan oleh Ulama' Hadis seperti di atas juga dinamakan dgn Hadis Sahih Lizatihi ( الحديث الصحيح لِــذَاتِـــهِ ).

      Delete
    2. ------------------------
      Definasi Hadis Sahih Mengikut Imam Baiquniy
      -------------------------
      Imam al-Baiquniy di dalam manzhumahnya telah memberi definisi berkaitan hadith Sahih adalah seperti berikut:
      أَوَّلُهَا الصَّحِيْحُ وَهْوَ مَا اتَّصَلْ * إِسْنَادُهُ وَلَمْ يَشُذَّ أَوْ يُعَلّْ
      يَرْوِيْهِ عَدْلٌ ضَابِطٌ عَنْ مِثْلِهِ * مُعْتَمَدٌ فِي ضَبْطِهِ وَنَقْلِهِ
      Maksudnya: “Pertamanya [Hadith Sahih] iaitu apa yang bersambung, Sanadnya dan tiada syaz atau ‘illah (kecacatan) padanya, Diriwayatkan oleh perawi yang adil lagi dhabit yang seumpama dengannya, Yang diakui akan kedhabitan dan perawiannya”.

      Delete
    3. -------------------
      Takrif Hadis Sahih - [ Nota Skor A ms: 74 ]
      -------------------
      Sahih dari segi bahasa ialah selamat dan sejahtera dari sebarang keaiban dan kekurangan atau keraguan. Dari segi istilah ialah hadis yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi yang adil, dhobit, bersambung sanad, tiada illah dan tiada syaz.

      Delete
  3. ---------------------
    5 SYARAT HADITH SAHIH
    ---------------------
    Soalan 02
    ---------------------
    Berdasarkan takrifan Hadith Sahih, nyatakan 5 syarat yang telah ditetapkan oleh Ulama' hadith bagi mengklasifikasikan hadis tersebut sebagai hadis sahih.
    ----------------------
    JAWAPAN
    ----------------------
    Untuk menentukan kesahihan sebuah hadith, secara dasarnya ia perlu menepati syarat-syarat berikut :
    1. Rangkaian sanad bersambung ( مُتَّصِلُ السَّنَدِ )
    2. Keadilan perawi ( الْعَدْلُ )
    3. Penjagaan yang baik ( الضَّابِطُ )
    4. Tidak janggal ( عَدَمُ الشُّذُوذِ )
    5. Tiada kecacatan ( عَدَمُ الْعِلَّةِ )
    -------------------
    TAMAT
    -------------------

    ReplyDelete
    Replies
    1. -------------------
      [1]- Maksud Sanad Bersambung ( اتِّصَالُ السَّنَدِ )
      -------------------
      Hadis sahih mesti mempunyai sanad yang bersambung sejak perawi pertama sehinggalah perawi yang terakhir. Oleh itu, hadis sahih mestilah mempunyai sanad yang bersambung dengan tidak ada seorang pun di kalangan perawi yang meriwayatkan hadis berkenaan gugur daripada keadaan sebenar. Apa yang dimaksudkan dengan gugur ialah salah seorang atau lebih daripada perawi hadis tersebut dianggap tidak sah berada dalam senarai perawi hadis kerana terbukti dia tidak meriwayatkan hadis daripada gurunya itu dan tidak pernah hidup sezaman dengannya. Oleh kerana itu, apa sahaja riwayat yang terputus sanadnya seperti mu’allaq, mursal, mu’dhal, munqathi’, mudallas, dan sebagainya adalah terkeluar daripada hadis yang sahih. Ini kerana apabila terputusnya satu atau lebih dalam sanad sesebuah riwayat, ini menunjukkan adanya nama perawi yang gugur. Boleh jadi nama yang gugur itu adalah perawi yang dhaif, maka riwayat sebegini tidak boleh dihukum sebagai sahih.

      Delete
    2. -----------------------------
      [2] - Maksud Sifat Adil Perawi ( عَدَالَةُ الرُّوَاةِ )
      -----------------------------
      Sifat ‘adil perawi adalah berkaitan dengan kelazimannya dalam bertaqwa dan menjaga maruah. Sifat ‘adil akan wujud apabila tercantum pada seseorang perawi
      5 ciri berikut : (1)- Islam (2)- Baligh (3)- Berakal (4)- Tidak Fasiq (5)- Tidak melakukan perkara2 yg menjatuhkan maruah. - Catatan - Daripada lima perkara di atas, maka orang kafir, fasiq, gila, kanak-kanak, dan orang yang tidak diketahui keadaannya terkeluar daripada status ‘adalah ( العَدَالَةُ ).

      Delete
    3. ------------------------
      [3] - Sifat Dhobit Perawi ( ضَبْطُ الرَّاوِي )
      ------------------------
      Hal ini melibatkan sejauh mana seorang perawi itu benar-benar menjaga atau memelihara hadis-hadis yang pernah beliau dengar. Ia boleh dibahagikan kepada dua perkara: [1] - Dhabt pada hafazan (ضبط صدر) - Perawi itu menghafaz hadis-hadis yang dia pernah dengar dengan baik. [2] - Dhabt pada penulisan (ضبط كتاب) - Perawi itu menulis apa yang dia dengar dengan baik, dan memeliharanya daripada berlaku sebarang bentuk penukaran.

      Delete
    4. -------------------------
      [4] - Tidak Janggal ( سَلاَمَتُهُ مِنَ الشُّذُوذِ )
      -------------------------
      Riwayat tersebut tidak bercanggah dengan riwayat yang dibawa oleh perawi yang lebih thiqah atau tidak bercanggah dengan riwayat yang dibawa ramai perawi thiqah. Hal ini akan dibincangkan dalam bab hadis syaz.

      Delete
    5. -----------------------
      [5]- Tidak ada ‘illah (سلامته من العِلَّةِ القادحة)
      -----------------------
      Riwayat tersebut tidak mempunyai kecacatan tersembunyi. Hal ini akan dibincangkan lebih lanjut dalam bab hadis ma’lul ( الْحَدِيثُ الْمَعْلُول ).

      Delete
    6. Lafaz " ضَابِط " boleh diterjemahkan sebagai orang yang kuat ingatannya ( ضَابِطُ صَدْرٍ ) dan juga kuat penjagaannya melalui tulisan dll ( ضَابِطُ كِتَاب ).

      Delete
  4. ------------------------
    Hukum Beramal Dgn Hadis Sahih
    ------------------------
    Soalan 04
    ------------------------
    Apakah hukumnya beramal dengan hadith sahih
    ------------------------
    JAWAPAN
    ------------------------
    Hukum beramal dengan hadith sahih adalah WAJIB. Ulama sepakat menerima hadith sahih lighairih ( الصحيح لغيره ) , kerana tiada sebarang ‘illah atau syaz. Jesteru, ia adalah sama dengan hadith Hassan Lizatih ( الحسن لذاتـــه ). Iaitu hadith yang memenuhi syarat hadith sahih secara keseluruhannya, kecuali para pawi ya. Iaitu semua atau sebahagiannya kurang dari sudut kedhabitan dan keadilannya. Orang pertama berusaha menyusun hadith-hadith sahih ialah Imam Al Bukhari dan diikuti oleh Imam Muslim di dalam kitab mereka yang bernama Sahih Al Bukhari dan Sahih Muslim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. -----------------------
      Berita Sahih Menjadi Hujjah
      -----------------------
      Apabila sesebuat hadis itu cukup kelima2 syarat hadis sahih, maka jadilah sesebuah hadith itu sahih. Adapun berita yang sahih menjadi hujah dalam bidang aqidah. Walau bagaimanapun, tidak semua berita jenis ini pada tahap yang sama. Berita yang sahih pada tahap permulaannya membawa kepada maklumat zhan sahaja. Ia juga tidak boleh dijadikan hujah dalam hal ehwal aqidah, tetapi boleh diambil kira dan digunakan sebagai dalil dalam perkara-perkara amalan sebagaimana hadith hasan. Sementara tahap berita sahih yang tertinggi ialah berita yang membawa kepada maklumat yang yakin. Para ulama’’ menamakannya dengan khabar mutawatir (الخبر المتواتر).

      Delete
  5. -----------------------
    Tingkatan Kesahihan Hadith
    -----------------------
    Soalan 03
    -----------------------
    Nyatakan tingkatan kesahihan hadith yang dinilai oleh Ulama' Hadith ( al-Muhaddithin )
    -----------------------
    JAWAPAN
    -----------------------
    TINGKAT KESAHIHAN
    -----------------------
    [ 1 ] - Kitab yang mengandungi hadith yang telah disepakati kesahihannya oleh Al Bukhari dan Muslim (muttafaq ‘alayh)
    -----------------------
    [ 2 ] - Kitab yang mengandungi hadith riwayat al Bukhari sahaja
    -----------------------
    [ 3 ] - Kitab yang mengandungi hadith riwayat Muslim sahaja.
    -----------------------
    [ 4 ] - Kitab yang mengandungi hadith sahih yang menepati syarat-syarat al Bukhari dan Muslim tetapi tidak dimasukkan ke dalam sahih mereka.
    -----------------------
    [ 5 ] - Kitab yang mengandungi hadith sahih yang menepati syarat-syarat al Bukhari sahaja tetapi tidak dimasukkan ke dalam sahihnya.
    -----------------------
    [ 6 ] - Kitab yang mengandungi hadith sahih yang menepati syarat-syarat Imam Muslim tetapi tidak dimasukkan ke dalam sahihnya.
    -----------------------
    [ 7 ] - Hadith tersebut bertaraf sahih menurut pandangan ulama selain mereka yang tidak menurut syarat Imam al Bukhari dan Imam Muslim
    -----------------------
    TAMAT
    -----------------------

    ReplyDelete
  6. ----------------------
    Soalan 05
    ----------------------
    Apakah yang dimaksudkan dengan Hadis Sahih Lighairihi ( الحَدِيثُ الصَّحِيحُ لِغَيْرِهِ )
    ----------------------
    JAWAPAN
    ----------------------
    Iaitu hadith sahih yang tidak mencapai tahap tertinggi dalam setengah-setengah syaratnya. Contohnya hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang adil tetapi kurang mantap ingatannya. Dengan kekurangan tersebut, ia turun menjadi hasan li zhatihi ( الحسن لــذاتــه ). Apabila terdapat riwayat yang lain yang menyokongnya dan memberi kekuatan kepada hadith tersebut, ia meningkat menjadi sahih li ghayrih.
    ---------------------------
    Contoh Hadith Sahih Lighairihi / Hasan Lizatihi ( الحسن لذاتـــهِ )
    ---------------------------
    Contoh hadith Sahih Li Ghayrih seperti yang disebut oleh Ibnu al-Salah adalah hadith yang diriwayatkan oleh Muhammad bin Amr dari Abu Salamah dari Abu Hurayrah bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda:
    لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ
    Kalaulah tidak kerana akan menyusahkan ke atas umatku nescaya aku akan perintahkan mereka supaya bersugi setiap kali hendak bersolat. (Riwayat Abu Dawud no. 43)
    -----------------------------
    Muhammad bin `Amr bin `Alqamah terkenal dengan benar dan amanahnya tetapi bukan daripada kalangan yang cermat sehingga setengah ulama menda`ifkan beliau kerana hafazan beliau yang tidak konsisten, sedang ada ulama lain yang berpendapat beliau adalah thiqah kerana sifat benar beliau itu. Kekurangan yang terdapat pada beliau telah menyebabkan hadith yang beliau riwayatkan dinilai sebagai hadith hasan.
    ---------------------------------
    Oleh kerana terdapat riwayat yang lain yang dapat menguatkannya, ia telah meningkat menjadi sahih li ghayrih. ( الصحيح لغيره ).
    ----------------------------------
    TAMAT
    ----------------------------------

    ReplyDelete
  7. ----------------------------
    Pembahagian Hadis Sahih
    ----------------------------
    Soalan 6
    ----------------------------
    Jelaskan 2 pembahagian Hadis Sahih
    ----------------------------
    JAWAPAN
    ----------------------------
    Hadis Sahih terbahagi kepada dua bahagian iaitu :-
    [1]- Sahih Lizatihi ( الصَّحِيحُ لِذَاتِهِ )
    [2]- Sahih Lighairihi ( الصَّحِيحُ لِغَيْرِهِ )
    ----------------------------
    [1]- Sahih Lizatihi ( الصَّحِيحُ لِذَاتِهِ )
    ----------------------------
    Hadis yang sampai kepada darjat sahih dengan sendirinya tanpa memerlukan kepada penyokong untuk menguatkannya. Contohnya : Hadis mendengar membaca surah al-Thur ketika solat maghrib.
    عن جُبَيْرُ بْنُ مُطْعِم رضي الله عنه قال: «سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقرأ في المغرب بِالطُّور».
    [صحيح] - [متفق عليه]
    -----------------------------
    [2]- Sahih Lighairihi ( الصَّحِيحُ لِغَيْرِهِ )
    -----------------------------
    Takrif 1 - Hadis sahih yang mana sanad bersambung dan perawi adil tetapi dari sudut kedhabitannya kurang sedikit daripada sahih lizatihi
    -----------------------------
    Takrif 2 - Hadis Hasan pada asalnya, namun disokong oleh riwayat lain yang setaraf dengannya atau lebih kuat. Contohnya : [1]- Hadis riwayat melalui jalan sanad Muhammad bin Amru (dia kurang dhabit) namun sanad ini telah dikuatkan oleh sanad riwayat lain melalui jalan sanad riwayat al-'Araj ( الأَعْرَج ).
    ------------------------------
    TAMAT
    ------------------------------

    ReplyDelete