Monday, May 8, 2023

2.3 ( a ) - Jawami' [ الْجَوَامِـــعُ ]

Topik 2.0 SEJARAH PENDOKUMENTASIAN HADIS 
2.3 Penyusunan Kitab Hadis & Metodenya
2.3 ( a ) - Jawami' [ الْجَوَامِـــعُ ]
[ Perbincangan - Rujuk pada ruangan Komen ]
----------------
SOALAN
----------------
Nyatakan metode penulisan kitab hadis dalam bentuk al-Jawami' [ الْجَوَامِعُ ].
----------------
Jawapan
----------------
[1]- Pengertian al-Jawami' 
----------------
Al-Jawami' ialah Kitab Hadis yang disusun berdasarkan bab dan mencakupi hadis-hadis berbagai skop ajaran islam dan pecahan-pecahannya, tentang akidah, ibadah, muamalat, sirah Nabi dan berita hari kiamat.
----------------
[2]- Metode Penulisan
----------------
Kitab Jawami' sekurang2nya mengandungi 8 kandungan : (1)- Akidah, contohnya kitab al-Tauhd karangan Abu Bakar Ibn Abu Khuzaimah  (2)- Ahkam, iaitu kitab hadis hukum yang disusun seperti kitab-kitab fiqh contohnya kitab 'Umdah al-Ahkam ( عُمْدَةُ الأَحْكَامِ ).  (3)- Riqaq, dinamakan juga ilmu al-Suluk Wa al-Zuhud iaitu menyebut tentang peringatan dihari akhirat dan azab kubur yang akan melembutkan hati bagi sesiapa yang mendengarnya dan menjadikannya seorang yang zuhud. Contoh, Kitab Zuhud Imam Ahmad.   (4) - Adab, Adab sopan, adab solat, Adab makan dan lain-lain. Contohnya Kitab Syamail oleh Imam Tirmizi.  (5)- Tafsir, Hadis-hadis yang menafsirkan Quran, contoh, Tafsir Jalalain. (6)- Tarikh (Sejarah) terbahagi dua : i- Sejarah tentang kejadian alam spt langit, bumi, syurga neraka dan lain-lain.  ii - Sejarah tentang kehidupan Rasulullah SAW dan para Sahabat seperti Sirah Ibnu Hisyam dan sebagainya.  (7)- al-Fitan, iaitu fitnah-fitnah yang muncul di akhir zaman bermula selepas kewafatan Rasulullah SAW. Contohnya, Kitab Muin bin Ahmad tentang Dajjal, turunnya Nabi Isa & sebagainya. (8)- Manaqib iaitu tentang kelebihan seseorang seperti Abu bakar, Umar, Uthman, Ali, Isteri-isteri Rasulullah dan lain2. Contohnya, kitab : ( الرياض النادرة في مناقب العشرة ) oleh Muhib al-Tabari.
------------------
Contoh Kitab al-Jawami' 
------------------
1- Sahih al-Bukhari 
2- Sahih Muslim 
3- Jami' al-Tirmizi  
4- Jami' Sufyan al-Thauri
-------------------
Keistimewaan al-Jawami'
-------------------
(1)- Mempermudahkan umat Islam untuk mengetahui hadis yang disusun berdasarkan bab dan mencakupi hadis-hadis berbagai skop ajaran Islam dan pecahan-pecahannya mencakupi akidah, ibadah, muamalat dan sebagainya.
--------------------
TAMAT
--------------------

No comments:

Post a Comment